Soalan Lazim Beutskin Essence

S : Adakah Beutskin Essence (BE) selamat digunakan dan didaftar di bawah Kementerian Kesihatan?
J : Ya. BE adalah didaftar di bawah Kementerian Kesihatan dengan nombor pendaftaran MAL08031430TR.

S : Bagaimanakah BE dapat menggalakkan keserian kulit?
J : Ia membantu melindungi kulit dengan kandungan anti-UVnya. Selain itu, ia membantu dalam penyelarasan hormon yang dibukti penting dalam pemeliharaan integriti dan keanjalan kulit dengan menggalakkan sintesis kolegan dan elastin.

S : Apakah masa atau kaedah yang direkemenkan dalam mengambil BE?
J : Anda direkemenkan untuk mengambil BE dengan perut yang kosong. Oleh itu, masa yang paling sesuai adalah sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur. Ia boleh ditelan atau dikunyah untuk daya penyerapan yang lebih baik.

S : Apakah dos BE yang direkemenkan untuk diambil?
J : 4 kapsul setiap hari (2 kapsul, 2 kali sehari).

S : Adakah BE mengandungi hormon?
J : Tidak. BE dirumus daripada 100% kandungan tumbuhan semulajadi tanpa bahan kimia seperti hormon sintetik. BE mengandungi radix peurgriae lobata di mana ia berperanan sebagai bahan mentah untuk kelenjar hormon. Oleh itu, ia tidak akan menyebabkan hormon berlebihan atau mengganggu keseimbangan hormon badan.

S : Bolehkah ibu yang mengandung atau menyusu mengambil BE?
J : Ya. Ia adalah selamat untuk diambil disebabkan 100% kandungan semulajadinya. Oleh kerana kehamilan atau penyusuan melibatkan perubahan drastik pada tahap hormon, ibu yang mengandung atau menyusukan dinasihatkan untuk menghubungi pakar pemakanan syarikat kami untuk bantuan selanjutnya jika mereka menghadapi sebarang simptom selepas pengambilan BE.

S : Adakah kaum lelaki direkemenkan untuk mengambil BE?
J : Ya. Sebenarnya, badan lelaki dapat menukar hormon lelaki (testosteron) kepada hormon wanita (estrogen) secara semulajadi, dan keseimbangan hormon-hormon ini adalah penting untuk kesihatan keseluruhan kaum lelaki.

S : Kenapa jerawat mula tumbuh di muka saya selepas pengambilan BE?
J : Pertumbuhan jerawat kebanyakkannya disebabkan rembesan sebum (minyak) yang berlebihan, yang menutupi liang kulit. Rembesan sebum mudah dipengaruhi oleh hormon terutamanya dalam tempoh remaja. Oleh itu, ia menyebabkan pertumbuhan jerawat dan kulit berminyak ketika tempoh remaja. Sejurus itu, 'upregulation' hormon oleh BE berganding dengan liang kulit yang tersumbat akan membawa kepada pertumbuhan jerawat. Anda dinasihati untuk mengamalkan rutin pembersihan muka dan menggunakan siri penjagaan kulit Shamone SNE untuk menyelesaikan masalah ini secara berkesan.

S : Adakah anak perempuan saya akan memasuki tempoh akil baligh lebih awal jika dia mengambil BE?
J : Tidak. Gadis remaja akan memasuki tempoh akil baligh dengan menghasilkan hormon wanita seperti estrogen ketika ovari mereka mula matang. Sejak BE bukan hormon, ia tidak akan mempengaruhi tempoh permulaan akil baligh. Pada masa yang sama, perempuan muda akan bermanfaat daripada pengambilan BE kerana produk ini dapat menghapuskan pelbagai PMS (Sindrom Prahaid) dan membantu menggalakkan kitaran haid yang sihat.

S : Saya diberitahu pengambilan Kapsul SNE dan BE dapat memberikan kulit yang berseri. Kenapa saya perlukan dua produk itu? Bolehkah saya hanya mengambil BE?
J : Ya. Kami sering merekemenkan konsumer kami untuk mengambil BE bersama dengan kapsul SNE supaya hasil yang lebih baik dapat dijamin. Walaupun kedua-dua produk ini dapat menggalakkan keserian kulit, namun, mereka memiliki peranan dan fungsi yang berlainan:

  • BE - memiliki fungsi anti-ultraungu serta menggalakkan penguraian melanin untuk mengurniakan anda kulit yang lebih cerah dan berseri. Ia juga membantu menstabilkan hormon untuk meningkatkan sintesis kolagen dan elastin supaya kulit menjadi lebih lembab, anjal dan cergas.
  • Kapsul SNE - Membekalkan nutrien untuk regenerasi kulit yang menyeluruh selain menggalakkan peredaran darah dan limfa yang mencukupi kepada muka. Ini akan memastikan penghantaran nutrien yang optimum kepada kulit serta menjamin penyingkiran toksin daripada kulit. Oleh itu, ia mengurangkan 'detoksifikasi' daripada muka dan ia dibukti penting untuk mencegah simptom seperti alahan kulit, pembentukan jerawat dan kulit pendam tidak berseri.

No comments:

Post a Comment